PENGHARGAAN
Syukur
kehadrat illahi dengan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan yang baik
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.
Pertamanya
kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Pensyarah kesayangan
kami, Pn Elyn Binti Mohd Ridzwan kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan
daripada awal hingga akhir dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan
suksesnya.
Kami
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan
yang memberi tunjuk ajar serta kerjasama dalam menyiapkan kerja e-folio ini.
Mereka telah memberikan kami segala pertolongan dan sokongan moral sehingga
kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Akhir
sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam
kerja menyiapkan e-folio ini secara langsung atau tidak langsung.
Sekian,
Terima Kasih.
PENGENALAN
Dalam
prinsip asas ini kita akan menguruskan beberapa konsep prinsip asas yang
diamalkan oleh sesetengah organisasi. Ia bermula sejak zaman purba lagi seperti
zaman jahiliah, mesir kuno dan sebagainya.
Konsep
pengurusan ini boleh dijadikan amalan organisasi pada masa ini. Ia boleh
membahagikan kepada tiga kategori iaitu ;
i.
Konsep pengurusan islam
ii.
Konsep pengurusan barat
iii.
Konsep pengurusan jepun
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Sistem
pengurusan islam menjadi lengkap dan sistematik kerana berpandukan Al-Quran dan
As-Sunnah. Prinsip pengurusannya mestilah jelas, tersusun dan perancangan
pengurusan yang teratur, pengawasan yang cekap dan terperinci.
DEFINISI PENGURUSAN ISLAM
Ahmad Ibrahim
Abu Sin
Pengurusan
sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
seseorang menjadi pengurus.
Profesor Syed
Othman Alhabshi
Pengurusan
merupakan suatu proses mendapat dan mencatumkan sumber-sumber kewangan, modal,
tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam
bentuk barangan atau perkhidmatan.
Muhammad A.
Al-Buraey
Pengurusan
merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai
makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam
·
Melaksanakan syariah Islam iaitu Ibadat, Muamalat dan
hukum-hukum Islam yang lain.
·
Mencari keredhaan AllAH walaupun ketika berurusan dalam
hal-hal duniawi.
·
Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah dengan adil dan
tidak menjejaskan hubungan baik sesame insane
·
Memastikan bahawa Islam itu berada tinggi darjatnya daripada
hal-hal yang lain.
TIGA PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
DEMOKRASI
Jaminan untuk mempertahankan hak individu.
DELEGASI
Agihan dan penyerahan tugas mengikut kemahiran,
kelayakan dan minat seseorang untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh
ketua.
SYURA
Pengurusan yang merangkumi perundingan perbincangan
dalam suatu mesyuarat bagi memastikan peluang penyertaan yang diberikan kepada
setiap organisasi dapat memberikan cadangan untuk mencapai kata sepakat.
CIRI-CIRI
UMUM
·
Ikatan yang erat antara pengurusan dengan
masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat
yang berasaskan akhlak.
·
Pergolakan dan perubahan ekonomi memberikan
kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
·
Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati
hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut
keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
·
Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan
menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan
bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan
ganjaran pahala.
o
Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada
sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan
hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan
masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam
Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t
di dalam Al-Quran:
“Katakanlah
: Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta
alam”.
(Surah
Al-An’am : 6:162)
o
Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan
khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab
seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil”.
(Surah
An-Nisa : 4:58)
·
AL-UBUDIYAH
·
AL-ADALAH
·
AL-SYURA
·
AL-HURRIYAH
·
AL-MUSAWAH
PRINSIP AL-UBUDIYAH
(PENGABDIAN TERHADAP ALLAH)
Takrifan Al-Ubudiyah
Pengabdian diri semata-mata kerana Allah
SWT dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang
memperolehi ganjaran pahala diakhirat.
Firman Allah S.W.T bermaksud:
‘’Dan
(ingatlah) aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan mereka menyembah dan
beribadat kepada-ku’’
SYARAT-SYARAT PRINSIP
AL-UBUDIYAH
·
Niat yang
ikhlas.
·
Pekerjaan yang
dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak.
·
Perlaksaan kerja
hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak islam.
·
Amalan kerja
hendaklah dilakukan sebaik mungkin.
·
Tidak melalaikan
ibadah.
GARIS PANDUAN BAGI KHALIFAH ALLAH
Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah
berasaskan satu perjanjian.
Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang
bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri didalam rumah ibadat.
“Dan
ingat lah kamu wahai Muhammad ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak anak Adam
(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi
terhadap diri mereka sendiri ( sambil ia bertanya dengan firmanNya) “Bukankah
Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab”Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami
menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
“Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan)tentang hakikat tauhid
ini.
(Surah
Al-A’Raf:172)
PERKARA
PENTING
(Al-Ubudiyyah
dengan organisasi)
·
Matlamat dan hala tuju organisasi perlu
seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.
·
Cara, kaedah atau kegiatan yang
dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga seiring dengan konsep
ubudiyyah kepada Allah SWT.
·
Budaya yang wujud dan terus berkembang
dalam sesebuah organisasi perlu
KESAN
POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI
·
Warga organisasi akan menjadikan setiap organisasi sebagai satu
ibadah
·
Warga organisasi akan mengaitkan
segala kegiatan dalam organisasi agama
·
Budaya yang wujud dalam organisasi yang menjadikan sesuatu
yang positif sejajar dgn nilai dan prinsip agama.
·
Agama menjadi unsur utama agama dalam
menentukan tindak tanduk
dan kegiatan dalam organisasi.
Al-Adalah
(Keadilan)
Dari
segi bahasa :
Meletakkan
sesuatu pada tempatnya.
Dari
segi istilah :
Meletakan
sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah dan
akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut
Al-Mawardi pula bermaksud jelas kejujuran, menjauhi yang haram, bercakap benar,
memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya.
KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PERKARA SEPERTI
BERIKUT :-
·
Membuat sesuatu keputusan
·
Keadilan terhadap Allah SWT.
·
Timbangan dan ukuran
·
Pengurusan harta
BENTUK BENTUK KEADILAN
I.
Keadilan dalam
bentuk bersamaan
-Seperti mendapat bonus tahunan , hak bercuti dan sebagainya.
II.
Keadilan dalam
bentuk berbeza
-Setiap pekerja berhak untuk diberikan
gaji oleh majikan mereka , tetapi terdapat perbazaan dalam jumlah gaji yang
diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tugas yang
diberikan .
III.
Keadilan dalam
bentuk hak istimewa
-Hak istimewa yang diberikan kepada
individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.
PENGERTIAN AS-SYURA
-
Mensyuarat yang dia adakan oleh kumpulan
umat islam membincangkan kepentingan dan kebajikan umtuk mereka.
-
Kebajikan yang diwajibkan oleh ALLAH
kerana melalui mesyuarat segala masalah dapat diselesaikan.
SYARAT
MENJADI AHLI SYURA
i.
Bijak dan sentiasa berfikiran jauh
ii.
Sentiasa berlaku adil
iii.
Tidak menzalimi orang lain
iv.
Berilimu
KEPENTINGAN
i.
Terhindar dari berselisihan faham antara
satu sama lain
ii.
Kepentingan yang dibuat lebih baik
daripada mengunakan logic akal kerana pandangan diberikan oleh ramai orang
bukan lah seorang sahaja.
iii.
Keputusan dibuat dengan matang
AL-HURRIYYAH
(KEBEBASAN)
Bermaksud
keupayaan untuk memilih mengikut sesuatu undang-undang yang telah ditetapkan.
Setiap diberikan diberikan hak untuk beragama , mencari harta, memberi
pandangan, berfikir dan sebagainya.
PRINSIP
KEBEBASAN
-
KEBEBASAN UNTUK MEMBERI PANDANGAN.
-
KEBEBASAN UNTUK DIRI SENDIRI
-
KEBEBASAN UNTUK BERAGAMA
-
KEBEBASAN UNTUK MENCARI HARTA
KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU
Tidak Mengganggu kepentingan orang lain .
Tidak
bercanggah dengan nilai dan prinsip agama .
Tidak
mengganggu sebarang organisasi
AL- MUSAWAH
Al-Musawah
atau persamaan adalah prinsip pengurusan Islam.
· Semua
manusia berasal dari keturunan yang sama dan perbezaannya cum a kepada amalan.
· Kedudukan
pada setiap organisasi adalah sama pada hak asasi, atau status kemanusian.
JENIS-JENIS
PERSAMAAN
· TANGGUNGJAWAB
TERHADAP UNDANG-UNDANG.
· TANGGUNGJAWAB
TERHADAP HUKUM.
· PENERIMAAN
KEMUDAHAN
PERLAKSANAA
TERHADAP ORGANISASI MUSAWAH
Semua organisasi
diterima sama rata terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
Hendaklah dihormati kerana setiap manusia
mempunyai maruah.
Pembahagian
tugas haruslah diberikan dengan sama rata.
KESIMPULAN
Dalam topik prinsip asasini kami menerangkan dengan lebih mendalam
iaitu AL-UBUDIYYAH, AL-ADALAH, AS-SYURA, AL- HURIYYAH dan AL-MUSAWAH.
Prinsip AL-UBUDIYYAH menerangkan perkara berkaitan mengabdikan
diri kepada ALLAH menakala prinsip AL-ADALAH menjelaskan tentang hal keadilan
dalam seseorang organisasi.
Seterusnya, prinsip AS-SYURA membincangkan kenapa kita perlu
permesyuaratan dan juga prinsip AL-HURIYYAH pula bermaksud bebas dari banyak
segi .
Akhir sekali , prinsip AL-MUSAWAH adalah persamaan antara manusia
dan manusia lain. Prinsip ini tiang kepada pengurusan Islam kerana tanpa tiang
takkan teguh sesebuah struktur sesuatu bangunan itu.
No comments:
Post a Comment